Bolehkah Manchester United Menjuarai Liga Pada Musim Ini?
Kelab Bola Sepak Manchester United amat dikagumi dan digeruni pihak lawan tetapi mampukah kelab ini menjulang trofi pada musim ini?
Post Comment|1 Liked It
Bola Sepak Manchester United merupakan kelab bola paling popular di dunia dan berpangkalan di Stadium Old Trafford, Greater Manchester. Kelab ini merupakan antara kelab paling berjaya dalam arena bola sepak Inggeris dan memiliki lebih 50 juta peminat di seluruh dunia. Sejak akhir 1990-an, Manchester United telah mengorak langkah untuk menjadi antara kelab terkaya di dunia, dan sehingga ke hari ini memliki perolehan pendapatan tertinggi berbanding kelab-kelab bola sepak lain. Pada masa yang sama, United terus kekal sebagai kelab paling mahal di dunia, dan merupakan antara ahli kumpulan G-14, kumpulan yang mengandungi kelab-kelab ternama di Eropah. Kelab ini juga telah menjuarai berbagai kejuaraan seperti Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-juara UEFA, Kejohanan Kelab Dunia, Piala FA dan sebagainya. Kelab ini tidak akan berjaya tanpa seorang pengurus yang berkaliber, dan ini dibuktikan apabila Sir Alex Ferguson yang menguruskan Kelab Bola Sepak Manchester United sejak tahun 1986 sehingga sekarang menjadi pengurus paling berjaya dalam arena bola sepak Inggeris. Bersama United, Sir Alex telah membawa pasukannya memenangi pelbagai kejuaraan, antaranya, kejuaraan liga sebanyak 11 kali, Liga Juara-juara UEFA sebanyak dua kali dan sekali di Kejohanan Kelab Dunia. Beliau juga telah melahirkan ramai bintang-bintang ternama United seperti Roy Keane, Ruud Van Nistelrooy, David Beckham dan Cristiano Ronaldo. Tiga musim berturut-turut sebelum ini, United memenangi Liga Perdana Inggeris dengan mengenepikan pesaing-pesaingnya seperti Chelsea, Liverpool dan Arsenal. Bagaimanapun, musim 2009/2010 yang baru bermula ini menyaksikan pesaing-pesaing United cuba bangkit untuk merampas gelaran itu. Ditambah pula dengan ketiadaan tonggak utama pasukan dan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Kelab Real Madrid selepas berakhirnya musim lepas, United seperti kehilangan rentak di awal musim ini. Tidak dinafikan, Ronaldo adalah pemain bintang dan menjadi rebutan kebanyakkan kelab-kelab handalan, bukan sahaja di dalam Liga Perdana Inggeris tetapi juga liga-liga lain terutamanya Liga Sepanyol. Real Madrid khususnya merupakan sebuah kelab di Liga Sepanyol yang memang terkenal kerana selalu membuat pelaburan yang besar untuk mendapatkan pemain-pemain handalan. Sebelum ini Beckham dan Van Nistelrooy juga berjaya dipancing oleh Real dan ini menunjukkan United memang senantiasa memiliki pemain-pemain bintang. Dengan ketiadaan Ronaldo, United dilihat masih memiliki ramai pemain yang hebat seperti Ryan Giggs, Paul Scholes, Wayne Rooney, Rio Ferdinand, Louis Saha, Patrick Evra, Wes Brown, Anderson dan ramai lagi untuk menutup segala kelemahan dan kekurangan di dalam pasukan yang ditinggalkan oleh Ronaldo. Walaupun bergelar pemain-pemain veteran, Giggs dan Scholes masih mempunyai sentuhan ajaib mereka yang sentiasa didambakan oleh United. Kehadiran Michael Owen yang berpindah secara percuma dari Newcastle United pada musim ini juga dilihat mampu mengukuhkan lagi penguasaan United di persada bola sepak dunia. Walaupun agak pincang di awal musim ini kerana masih mencari rentak dan formula baru, tetapi United kembali bangkit selepas beberapa perlawanan dan membuktikan kelab ini masih lagi gah dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk meneruskan aksi cemerlang seperti musim-musim yang lepas dan sekali lagi menjuarai Liga Perdana Inggeris dan juga kejuaraan lain. Ini tidak mustahil jika semua pemain memperlihatkan aksi cemerlang dan bermain bersungguh-sungguh demi kelab dan penyokong-penyokong mereka yang tidak jemu-jemu menyokong dan memberikan kata-kata semangat untuk pasukan walau di dalam susah dan senang. Hidup United!
Image via Wikipedia
Image via Wikipedia
Kelab


